Monday, February 14, 2011

Senarai Guru Besar Yang pernah bertugas Di SKKN misi dan visi

Senarai Guru Besar Yang pernah bertugas Di SKKN


BIL
NAMA
SEJAK
HINGGA
01
EN.MARCUS AMURU
1966
1972
02
EN.J.GUGAU GATISANG
1972
1973
03
EN.KASMIR YOSING
1974
1975
04
EN.GUROK GADAYOK
1976
1976
05
EN.MOHD ALI ABD.DIHOL
1977
1985
06
EN.JOHN ULITI
1985
1986
07
EN.MOHD ALI ABD.DIHOL
1987
1997
08
1998
2004
09
PN.HALINA JOHN JINULI
2005
SEKARANG

Visi Sekolah
Menjadi sekolah terbaik luar Bandar peringkat daerah dalam segala aspek menjelang 2011.

Misi Sekolah

 Memberi pendidikan berkualiti untuk melahirkan insan cemerlang dan berakhlak  mulia dalam segala aspek berlandaskan FPK.



Lagu Sekolah

Sk Kuala Namadan
Sekolah Kebangaan Kami
Asas Pembelajaran Kami
Menuju Hidup Yang Harmoni

Pendidik Sekolahku Berdedikasi Dan Berwibawa
Bersama-Sama Berusaha
Memberi Didikan Cemerlang

Cho:
Sk Kuala Namadan
Sekolah Yang Ku Agungkan
Berjaya Dan Teruslah Berjaya Mencapai Wawasan Pendidikan

Sk Kuala Namadan
Kini Engkau Berdiri Megah Anak Bangsa Didikan Mu
Ramai Yang Telah Berjaya

Usaha Pasti Jaya
Itulah Motto Sekolah Kami
Bukan Hanya Satu Ungkapan
Pastikan Jadi Kenyataan

Thursday, February 10, 2011

Sejarah SK Kuala Namadan Tambunan

(GAMBAR KIRI) PN HALINA JOHN JINULI GURU BESAR)
Sekolah ini mula didirikan pada Ogos 1965 dengan bangunan pertamanya hanya berukuran 30 kaki X 20 kaki. Bahan-bahan binaannya merupakan bahan binaan tradisional seperti bambu, kayu dan rotan sahaja. Pembinaan sekolah ini dilaksanakan secara gotong-royong oleh penduduk kampung dari gabungan empat buah kampung yang berdekatan iaitu Kampung Kuala Namadan, Tunggaring, Bundui dan Rugading. Sekolah ini memulakan sesi persekolahannya pada 01 Mac 1966.
            Pada awal tahun 1968, sebuah bangunan baru sekolah dan sebuah bilik guru telah dibina di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Tambunan. Bangunan sekolah ini telah dirasmi pembukaannya oleh Pengarah Pendidikan Sabah ketika itu, Encik J.E.B Ambrose yang diiringi oleh Pegawai Pendidikan Keningau, Tuan Haji Affendi J. Angkangon. Sekolah ini telah diambil alih oleh jabatan pendidikan Sabah pada tahun 1972 dan ia telah dikenali sebagai Sekolah Rendah Kerajaan Kuala Namadan Tambunan. Pada tahun yang sama sebuah bangunan yang baru dan sebuah rumah guru telah dibina oleh kerajaan.
            Pada tahun 1984, sebuah lagi bangunan baru sekolah yang mempunyai tiga buah bilik darjah, sebuah pejabat guru besar dan sebuah bilik guru serta sebuah bangunan rumah guru berkembar telah dibina oleh kerajaan pada tahun 1984. Sebuah lagi bangunan rumah berkembar telah dibina pada tahun 2003. Pada tahun 2006 sebuah bangunan yang berukuran 16 kaki X 20 kaki telah dibina dan dijadikan sebagai bangunan PSS.
            Pada penghujung tahun 2007, sebuah bangunan pra-sekolah yang telah dibina dan mula beroperasi pada awal tahun 2009. Beberapa kemudahan telah diberi di sekolah iaitu paip gravity, tapak perhimpunan, pembinaan tandas rumah guru, gelanggang sepak takraw, pondok pengawal keselamatan dan penyelenggaraan paip graviti. Satu lagi peristiwa yang amat penting ialah apabila sekolah ini mendapat bekalan elektrik pada Julai 2006.

Lokasi

Sekolah Kebangsaan Kuala Namadan, Tambunan terletak lebih kurang 28 kilometer dari pekan tambunan ke simpang masuk Kuala Namadan dan selebihnya iaitu 20 kilometer adalah jalan gravel. Murid terpaksa berjalan kaki sejauh 0.3 kilometer melalui jambatan gantung hingga  ke sekolah. Bangunan sekolah didirikan di lereng bukit berhampiran dengan Ulu Sungai Pagalan. Purata suhu di tempat ini lebih kurang 81darjah F



Senarai Nama Guru dan KTBM TAHUN 2011

BIL
NAMA
JAWATAN
01
PN.HALINA JOHN JINULI
GURU BESAR
02
EN.JULIAN GUBAU
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
03
EN.MODIN MATIDIS
PENOLONG KANAN HEM
04
EN.ROY RYNER GETRUDA
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
05
EN.EDWARD JAMKIM
GURU PENOLONG
06
EN.ANTHONY MODISIR
GURU PENOLONG
07
EN.DAMIANUS PAULUS
GURU PENOLONG
08
EN.DELLON CLEOPHAS
GURU PEMULIHAN
09
AWG ALIFAH AWG AMING
GURU PRASEKOLAH
10
PN SAILIM KUNSIR
PEMBANTU TADBIR KEWANGAN
11
PN MAS LIZA ADAM
PEMBANTU PENGURUSAN MURID